Posted by: mazrilhisham | November 11, 2008

Krisis Ekonomi VS Pertahanan Negara

Apa dah jadi dengan Angkatan Tentera Malaysia? Semua prolehan terbaru telah ditunda gara-gara krisis ekonomi dunia. Atau ada udang sebalik batu? Atau mungkin ada pihak yang lebih mementingkan kepentingan peribadi dari kepentingan negara sendiri?

 

ATM tangguh ganti kereta perisai Condor, Sibmas

Krisis kewangan jejas beli kenderaan tempur hingga RMK-10

PORT DICKSON: Tentera Darat menangguhkan program menggantikan kereta perisai jenis Condor dan Sibmas miliknya berikutan krisis kewangan dunia serta kekangan dana walaupun ia tidak lagi ekonomik, terutama dari segi penyelenggaraan yang memerlukan belanja besar.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, berkata program itu tergendala kerana kekurangan peruntukan yang sepatutnya dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan mungkin ditangguhkan sehingga RMK-10.

Beliau mengakui kedua-dua jenis kereta perisai itu sudah mencapai jangka hayat yang menyebabkannya tidak lagi ekonomik untuk dibaik pulih atau diselenggara.
“Kita merancang untuk menukar kenderaan terbabit, tetapi ia tergendala sedikit kerana tidak cukup peruntukan,” katanya, pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Kolej Tentera Darat (KTD), di Kem Segenting, di sini, semalam.

Muhammad Ismail berkata, perbelanjaan besar untuk menyelenggara juga mendorong Tentera Darat membaikpulih hanya sebahagian dari 184 kereta perisai Sibmas dan 460 jenis Condor, manakala bakinya akan digunakan sebagai sumber alat ganti.

Pembelian kereta perisai Sibmas pada 1980-an menimbulkan kontroversi kerana penggunaannya sebagai kenderaan bantuan tembakan didapati tidak begitu praktikal. Malaysia satu-satunya negara pengguna Sibmas yang dibuat di Belgium.

Condor pula dikatakan semakin tidak sesuai dalam peperangan moden hari ini disebabkan perisai kenderaan itu agak nipis dan gagal mengekang tembakan dari roket seperti yang pernah berlaku ketika peristiwa di Pasar Bakaara, Somalia, pada Oktober 1993, apabila beberapa kereta perisai Condor Malaysia musnah dan seorang pemandunya terbunuh.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Ismail menolak tuduhan kononnya Tentera Darat masih gagal membekalkan jaket kalis peluru kepada anggota infantrinya sebagai peralatan standard, sebaliknya pengurusan logistik pasukan sudah membeli alat perlindungan yang sesuai.

“Dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana kita ada alat perlindungan, tetapi atas sebab kerahsiaan kita tidak boleh dedahkan jenis jaket perisai yang dibeli… cukuplah saya katakan ia dari jenis yang tidak kurang hebat dari jenis 3A (mampu menghentikan peluru 9mm dan tembakan senjata api kecil).

“Bagaimanapun, buat masa sekarang tidak semua unit dibekalkan jaket itu… kita hanya bekalkan kepada anggota pasukan tempur dan mereka yang menyertai pengaman di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti di Lubnan,” katanya.

BERITA HARIAN / SABTU / 08 NOV 2008

Kerajaan tangguh beli Eurocopter

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter EC725 keluaran Eurocopter yang keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan juga membuat keputusan sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu dan ia tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

– Utusan / SELASA / 28 OKT / 2008

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: