Posted by: mazrilhisham | November 19, 2008

Malaysia Dibelasah Lagi

Jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar. Begitulah yang boleh diibaratkan dengan apa yang diperkatakan oleh jurulatih skuad bolasepak negara, B.Sathianathan apabila mereka ditewaskan Myanmar 1-4 dalam Grand Royal Challenge Cup kelmarin.

Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, Sathia menjelaskan beliau hampa dengan sikap pemain yang menyebabkan perlawanan yang sepatutnya seimbang bertukar menjadi sebaliknya. Jelasnya lagi, gawang pasukan negara bolos empat kali dengan masing-masing dua gol di kedua-dua babak akibat para pemain pertahanan meninggalkan posisi masing-masing kerana terburu-buru membantu barisan depan menjaringkan gol.

Yang menghairankan, apakah pemain-pemain ‘terbaik’ yang dipilihnya ini boleh melakukan kesalahan semudah itu? Atau pemain-pemain yang terpilih tersebut bukanlah yang terbaik pernah dihasilkan negara ??? Nampak gayanya Sathia perlu lebih teliti dalam pemilihan pemain untuk mewakili Malaysia dan jangan hanya memandang pada ‘glamour’ pemain tersebut atau pemain yang dipilih datangnya dari pasukan yang ‘glamour’ pada nama sahaja.

Entahlah SATHIA’


Leave a comment

Categories