Posted by: mazrilhisham | November 26, 2008

Krisis ATM

 

Dari rentetan-rentetan krisis yang dialami Angkatan Tentera Malaysia dewasa ini, dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa ianya lebih kepada faktor kepentingan pihak-pihak tertentu ibarat menyelam sambil minum air.

 

Terpulang pada pendapat masing-masing

Wallahualam

 

 

1. Pembinaan kapal TLDM diteruskan

 pv02

LUMUT: Pembinaan kumpulan kedua kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan diteruskan selepas semua enam kapal peronda kumpulan pertama diserahkan kepada TLDM pada awal 2010, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, peristiwa anak kapal MISC yang diculik lanun di perairan Teluk Aden, Somalia, baru-baru ini menyedarkan negara betapa pentingnya TLDM memperkasakan angkatannya dengan perolehan lebih banyak kapal tempur

 

 

 

2. Pusat latihan ATM pemangkin kerjasama pertahanan serantau

 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta akan menjadi pusat latihan bertaraf antarabangsa bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain pusat rujukan ketenteraan dan pertahanan nasional.

 

Perdana Menteri berkata, pusat di tapak seluas 16.6 hektar yang dijangka siap pembinaannya pada 2011, juga akan menjadi pemangkin bagi hubungan dan kerjasama pertahanan antara negara serantau dan antarabangsa.

 

 

 

3. ATM tangguh ganti kereta perisai Condor, Sibmas

 00392

PORT DICKSON: Tentera Darat menangguhkan program menggantikan kereta perisai jenis Condor dan Sibmas miliknya berikutan krisis kewangan dunia serta kekangan dana walaupun ia tidak lagi ekonomik, terutama dari segi penyelenggaraan yang memerlukan belanja besar.

 

Kedua-dua jenis kereta perisai itu sudah mencapai jangka hayat yang menyebabkannya tidak lagi ekonomik untuk dibaik pulih atau diselenggara.

 

 

 

4. Kerajaan tangguh beli Eurocopter

 ec725

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter EC725 keluaran Eurocopter yang keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global.

 

 

 

Advertisements

Responses

  1. 1. Nak tunggu terhantuk, baru nak terngadah ? Siapa di belakang Boustead ?

    2. Ada pulak duit, sampai 100juta ?

    3. Sebab krisis kewangan atau sebab tak menguntungkan pihak tertentu?

    4. Terpaksa la cancel. Kalau tak pecah rahsia ?

  2. Tau kerajeen memang pentingkan wang


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: