Posted by: mazrilhisham | November 27, 2008

Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia

Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008. 
  
Isnin, 24 November2008, Utusan Malaysia.

Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia

 Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kate­gori termasuk potensi ekonomi, pela­buran dan perniagaan di bandar raya berkenaan.

Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Que­zon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina).  
      
Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (Chi­na), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya. mengenai kedudukan tersebut, berkata, ia adalah satu penghargaan kepada negeri Ke­dah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur.

“Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur,” katanya.

Advertisements

Responses

  1. ..hmm..satu perkembangan yang baik. Cuma komen saya yang kerap ke Alor Setar ialah kebersihan. Keberkesanan pentadbiran Bandaraya Alor Setar tentang hal ini masih terkebelakang dan kurang kesungguhan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: