Posted by: mazrilhisham | December 24, 2008

Perjanjian Persetiaan Inggeris dgn Sultan Kedah 1791

Berikut merupakan terjemahan (BI ke BM) perjanjian Persetiaan dgn Sultan Kedah pd tahun 1791.

——–

Pada 16 hari bulan Syaaban tahun Hijriah 1205, hari Ahad. Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat Inggeris, telah mengikat perjanjian keamanan & persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri, untuk hidup aman damai di laut & di darat, supaya berkekalan selagi matahari & bulan bercahaya :

Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut :-

Perkara I

Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah enam ribu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertua bersetuju bahawa segala jenis bekalan yg diperlukan utk Pulau Pinang, kapal perang, & kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan @ dikenakan apa2 cukai.

Perkara III
Semua hamba yg lari dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua org berhutang yg lari drpd pemiutang mereka, dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membenarkan org Eropah dr mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana2 org yg melakukan penderhakaan besar @ pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua org yg melakukan pembunuhan, yg lari dr Kedah ke Pulau Pinang, @ dr Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap & dipulangkan berbelenggu.

Perkara VIII
Semua org yg mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang di-Pertuan tidak akan membekalkan apa2 bekalan kepada semua orang yg menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan2 Perkara ini telah diselesaikan & diikat, & keamanan diwujudkan antara Baginda Yang di-Pertuan dgn Syarikat Inggeris; Kedah & Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.


Persetiaan ini dibuat & disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Dato Penggawa Talibon, wakil2 bg pihak Baginda Yang di-Pertua, & diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana2 pihak yg menyimpang drpd apa2 yg tertulis dlm Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum & memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan & kesihatan.
Meterai Shariff Mohamad & Tunku Alang Ibrahim, & Dato Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dgn tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.
Di tandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 hari bulan Mei tahun Masihi 1791.
(tandatangan) F.LIGHT


————————————————————————————————-

Komentar :-

“Persetiaan ini menunjukkan & memperbetulkan tanggapan umum bahawa Pulau Pinang diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur pada tahun 1786. Sebelum Persetiaan tahun 1791 ini ditandatangani org Inggeris menduduki Pulau Pinang secara paksa. Persetiaan ini merupakan kebenaran rasmi terawal pendudukan org Inggeris di Negeri-negeri Melayu & diikuti petempatan British di Singapura.”
Mengapa saya ulas @ paparkan kembali sejarah perjanjian ini.

1. Antara sbb adalah utk rakan2 negeri & rakyat malaysia betapa kita sering lupa akan kepentingan sejarah dlm kita membuat keputusan. Terutamanya sekali oleh pihak kerajaan (PR or BN). Jika dilihat dr konteks persetiaan ini, dpt lihat seolah2 kerana $$, kuasa & pengaruh maka tanah Pulau Pinang dijual secara halus kepada Inggeris.

2. Mungkinkah sejarah seperti ini akan berulang ? YA! jawapannya. Tetapi dari konteks yang berlainan. Sedar @ tidak, sejarah telahpun berulang bilamana pada tahun 1965 Singapura mendapat kemerdekaan dr Malaysia (satu lagi tanah melayu jatuh ke tangan asing). Dan berulang kembali bila Pulau Batu Puteh jatuh ke tangan Singapura pada awal 2008.

3. Mungkin kita tidak sedar ttp telah terdapat tanda2 awal @ kemungkinan sejarah akan berulang dr sudut berlainan. Apakah ia?
Ia adalah “Terlepasnya Hak Tanah Melayu secara total bilamana Perlembagaan berjaya dirombak kerana wujudnya org2 Melayu yg liberal & penentang2 sejarah”

Persoalannya mungkinkah perkara ini akan berlaku ?
Jika dilihat dari konteks politik sekarang tidak kira dr BN, PR @ NGO terdapat suara2 yg lantang mempertikaikan asas perlembagaan negara. Antara yg disentuh adalah agama, hak keistimewaan, raja2 & bahasa. Sampai bila pimpinan Melayu boleh bertahan? Bilamana mereka diasak dr berbagai sudut. Akan sampai satu ketika mereka mungkin tiada pilihan dek kerana undi, maka akan menjadi korbanlah asas perlembagaan negara.

Persoalannya sekarang siapakah yg patut bertindak, menentang & harus sedar keadaan yg gamat ini mungkin berlaku. Jawapannya kita! Lupakan teras perjuangan politik & latar belakang. Bersatulah atas dasar semangat Tanah Melayu & marilah bertindak senada!! Kita boleh berbeza fahaman politik ttp diharapkan kita senada bilamana asas perlembagaan negara diusik.

BOLEHKAH KITA?

Jika jawapan kita TIDAK! (oleh kerana tamakkan kuasa & takut hilang undi bkn melayu), maka bersedialah kita utk berdepan dgn berulangnya sejarah seperti “terlepas Pulau Pinang kpd Inggeris”.

Amat menyokong penuh matapelajaran Sejarah diwajibkan pada anak2 malaysia & diajar dlm bahasa Ibunda (BM shj)

http://other-perspektif.blogspot.com/2008/12/persetiaan-dengan-sultan-kedah-1791.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: