Posted by: mazrilhisham | February 11, 2009

UMAR al-Khattab

 

UMAR al-Khattab adalah antara empat sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat yang turut menyemarakkan zaman kegemilangan pemerintah Islam. Pada awalnya, Umar antara orang Quraisy yang paling keras menentang Islam serta seorang yang kejam sehingga sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup, selain memusuhi Rasulullah.

Keistimewaan Umar tetap terserlah. Hatinya yang keras akhirnya cair selepas mendapat hidayah dengan memeluk Islam pada usia 35 tahun dan seterusnya menjadi pejuang Islam hebat dan berani sehingga digelar al-Faruq (bermaksud orang yang berani menentang kebenaran).

Buku 317 muka surat ini, memaparkan kronologi sejarah kehidupan Umar sebelum memeluk Islam dan selepas Islam. Persembahan buku ini adalah dalam bentuk penceritaan dan disertai dengan dialog dengan Nabi Muhammad dan sahabatnya yang lain. Corak penulisan ini menjadikan pembaca sama-sama menyelami dan merasai situasi sebenar peristiwa pada zaman berkenaan.

Umar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Kisahnya wajar dijadikan panduan kepada masyarakat Islam dalam membangun dan mengembangkan Islam. Masyarakat Islam sekarang perlu terus bangkit menyambung perjuangan pemimpin terdahulu.

Personaliti Umar amat berbeza sebelum memeluk Islam selain menanam anak perempuannya, beliau juga dikatakan pernah berniat membunuh Rasulullah SAW. Beliau antara sahabat yang dijamin masuk ke syurga.

Pelantikan Umar sebagai Khalifah selepas Abu Bakar as-Siddiq membawa 1,000 kejayaan dalam memajukan umat Islam pada zaman pemerintahnya termasuk meneruskan usaha membebaskan umat Islam daripada ancaman kuasa Rom dan Parsi.

Umar yang terkenal sebagai penakluk dan memerintah selama 10 tahun tidak saja menjadi pentadbir yang berjaya membawa kemajuan kepada rakyatnya, malah menjadi pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara, memperkenalkan pasukan polis bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam, memberi bantuan kepada golongan miskin Islam dan bukan Islam serta mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Kehebatan Umar turut dikisahkan ketika menakluki Jerusalem, kota suci tiga agama, Islam, Yahudi dan Kristian. Sejak ratusan tahun kerajaan Rom memerintah Jerusalem dengan menguasai tanah Arab. Selepas Islam bertapak di Makkah pemerintah Rom rasa tergugat dan mahu memusnahkan penganut Islam dengan menyerang mereka, selain menghasut kabilah Arab menentang pemerintah Islam.

Jerusalem berjaya dirampas dengan kebijaksanaan tentera Islam bawah pimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah dan Umar kemudian bertindak menerima penyerahan kota suci itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: