Posted by: mazrilhisham | February 27, 2009

F/A 18 D Hornet gah pertahan ruang udara

mainpix1

BARISAN juruterbang pesawat F/A 18 D Hornet bersama kru 18 skuadron TUDM di Pangkalan Udara Butterworth.

TUDM ada pakej lengkap babitkan pesawat canggih, barisan juruterbang yang mantap dan hebat

MENGGEMPUR dan memintas! Itulah motto yang menjadi pegangan utama juruterbang pesawat pejuang F/A 18 D Hornet kebanggaan negara yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan ruang udara Malaysia daripada sebarang ancaman musuh.

Motto itu nyata bukan sekadar ungkapan tetapi mampu dilaksanakan setiap juruterbang pejuang 18 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengendalikan senjata pertahanan udara canggih berkenaan.

Mendukung motto itu pula tidak dirasakan sebagai bebanan bagi juruterbang pejuang kerana mereka sememangnya dilatih khusus untuk menjalankan misi berbahaya dengan pesawat berteknologi tinggi itu.

Pesawat tempur F/A 18 D Hornet keluaran McDonnell Douglas/Boeing Northrop yang mempunyai pelbagai peranan mula berkhidmat dengan TUDM pada 1997 sekali gus membuka dimensi baru sejarah pertahanan udara negara.

Ia berikutan pesawat jenis itu satu-satunya pesawat pejuang milik negara yang mampu melaksanakan misi dalam semua cuaca dan persekitaran termasuk penerbangan malam yang tidak dapat dilakukan pesawat generasi sebelumnya.

mainpix2

 Abdul Rahim Jusoh

Pesawat yang mempunyai dua enjin kipas turbo General Electric F404400 seberat 7,257 kilogram itu mampu terbang pada kelajuan 1,915 kilometer sejam atau Mach 1.8 dan menjangkau ketinggian 15,000 meter atau 50,000 kaki.

Sistem persenjataan F/A 18 D Hornet juga tidak ketinggalan hebat dengan secara umumnya dilengkapi mesin gun binaan dalam dengan lebih 500 butir peluru serta boleh membawa sehingga 6,215 kilogram peluru berpandu, roket, misil dan bom bagi tujuan serangan udara ke udara dan udara ke darat yang mempunyai kadar ketepatan tinggi.

Dengan kemampuan sebegitu hebat, tidak hairanlah F/A 18 D Hornet menjadi antara pesawat penangkis dan serangan paling sesuai mengawal kedaulatan ruang udara negara sekali gus menggerunkan musuh.

Kehebatan pesawat kawalan maritim ini pasti tidak sempurna tanpa juruterbang berkemampuan tinggi yang dapat mengendalikannya sehingga ke tahap maksimum.

mainpix3

PESAWAT canggih bantu pertahan kedaulatan ruang udara negara. 

Ia diakui Pegawai Memerintah 18 Skuadron TUDM Pangkalan Udara Butterworth, Kolonel Mohd Faudzi Ahmad TUDM yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun mengendalikan pelbagai jenis pesawat pejuang.

Baginya, juruterbang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu operasi atau misi kerana tanpa mereka pesawat tidak dapat bergerak sendiri melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Kita berbangga kerana mempunyai barisan juruterbang pejuang yang berkemahiran tinggi dan disegani serta setanding dengan negara lain termasuk negara maju.

“Kemampuan juruterbang kita sudah terbukti dalam latihan bersama negara lain termasuk Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand.

“Angkatan udara negara terbabit mengakui kehebatan juruterbang kita dan memberi pengesahan kehebatan mereka mengendalikan pesawat F/A 18 Hornet dalam latihan peperangan, ” katanya kepada SKUAD.

Juruterbang F/A 18 D Hornet, Mejar Abdul Rahim Jusoh TUDM, pula berkata untuk mencapai tahap terbaik dan mengekalkannya, adalah penting bagi juruterbang pejuang mengikuti dan memenuhi jadual latihan yang konsisten dan berterusan.

“Kami perlu melengkapkan jam penerbangan tertentu setiap bulan, suku tahun, setengah tahun dan satu tahun merangkumi semua jenis latihan termasuk serangan darat, udara dan pertempuran di udara.

“Dalam latihan biasa kami menggunakan bom kering (tiada letupan) dan setiap tiga bulan kami menggunakan bom sebenar bagi memastikan tahap ketepatan tembakan ketika operasi sebenar sentiasa di tahap maksimum, ” katanya.

Bagi pesawat F/A 18 D Hornet, selain juruterbang, jurusensor senjata yang berada di kokpit belakang juga memainkan peranan penting kerana merekalah yang melaksanakan tugasan menyediakan juruterbang melakukan tembakan.

Jurusensor senjata F/A 18 D Hornet, Kapten S Thayala Kumar Ravi Varman, berkata koordinasi yang baik antara juruterbang dan jurusensor senjata sangat kritikal dalam sesuatu misi bagi menjamin kejayaannya.

“Dalam konteks ini, juruterbang akan memberi tumpuan mengendalikan pesawat, manakala jurusensor senjata membuat persiapan persenjataan. Kami memastikan sasaran dan menentukan jenis senjata yang akan digunakan sebelum juruterbang melancarkan senjata terbabit, ” katanya.

Secara keseluruhan, perolehan pesawat F/A 18 D Hornet pada 1997 melengkapkan inventori pertahanan udara negara dengan dibantu pesawat Hawk, MiG-29N, serta yang terbaru dan setanding dengannya, Sukhoi MKM-30.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan rakyat Malaysia amnya harus berbangga kerana TUDM mempunyai pakej pertahanan udara yang lengkap membabitkan pesawat canggih bersama barisan juruterbang yang mantap dan hebat.

Justeru, adalah menjadi harapan semua pihak semuanya itu dapat dikekalkan sepanjang masa supaya TUDM menjadi angkatan udara yang anggun dan disegani sebagai kuasa udara yang dominan di rantau ini.

Ciri umum F/A 18 D Hornet:

  • Anak kapal: 2 (juruterbang dan jurusensor senjata)
  • Panjang: 17.1 meter
  • Rentang sayap: 12.3 meter
  • Tinggi: 4.7 meter
  • Berat kosong: 11,200 kg
  • Berat berisi: 16,850 kg
  • Berat berlepas maksimum: 23,400 kilogram

Prestasi:

  • Kelajuan maksimum: Mach 1.8
  • Jarak maksimum: 3,330 kilometer
  • Ketinggian maksimum 15,000 meter

copied from Berita harian

Advertisements

Responses

  1. tidak gagah sekuat mana pun bagi yang pernah keja kat situ tahulah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: