Posted by: mazrilhisham | May 8, 2009

Kedah 7 ACB Hanoi 0 (AFC Cup)

Salam HijauKuning, Tony Montana rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan Kedah kerana berjaya melakarkan kemenangan yang menakjubkan pada perlawanan ke-5 AFC Cup 2009. Kemenangan 7-0 ke atas pasukan Hanoi ACB pada tempoh hari cukup untuk menarik minat pihak luar bercakap di atas kejayaan ini. ESPN, AFC sendiri, mahupun NST serta Star turut menghamburkan pujian ke atas skuad Double Treble ini. Skuad Kedah pernah dikecam tatkala AFC Cup 2009 baru saja membuka tirai. Mereka tewas 1-3 dengan pasukan yang sama. Media massa turut mempersoalkan kredebiliti pasukan Kedah selaku wakil Malaysia ke pertandingan mirip UEFA Cup ini. Jaguh Kampung! Lemah! Lembik! Pergi Berkelah! Makan Angin! Itulah ungkapan yang dilemparkan oleh media massa mahupun individu-individu terhadap wakil negara ini.

Skuad Johor FC turut diperlekeh kerana ‘keberanian’ mereka yang sanggup membawa nama Malaysia sungguhpun meraka bukanlah pasukan yang layak secara merit untuk berjuang bagi merebut piala yang turut menawarkan sejumlah wang 350,000 US Dollar kepada pemenang! Harus diingat! Pasukan Kedah dan Johor FC bermain di AFC Cup ini tanpa bantuan pemain-pemain import. Semua pasukan yang bertanding di AFC ini menggunakan pemain-pemain import. Ia adalah satu misi yang sukar dan harus dipertimbangkan secara rasional oleh seluruh individu peminat bola sepak! Sungguhpun demikian, Hanoi ACB yakni pasukan dari negara Vietnam yang kini menghuni tangga 136 Ranking FiFa berbanding pasukan Malaysia yang menghuni di tangga 163, rebah di Stadium Darulaman. Biarpun berjuta alasan yang diberikan oleh pihak lawan, namun yang menang tetap menang. 7-0 tetap 7-0. Itulah sebenarnya prinsip yang diambil oleh media massa Malaysia dan pandangan sesetengah individu. Kalah tetap kalah! Biarpun alasan diberikan. Dilontarkan.

Pernah satu ketika pasukan Kedah tewas 1-5 di tangan Home United di tempat lawan. Media massa terus mengecam prestasi pasukan Kedah, walhal alasan ‘padang tiruan’ diutarakan, diberikan. Apabila wakil Malaysia tersungkur, hebahan dilakukan! Dicanang! Diketuk setiap sudut! Dipulas sehingga merah! Namun apabila wakil Malaysia membawa berita gembira dan mengharumkan nama negara, hanya secebis ruang dipaparkan. Individu yang melakukan bidasan sebelum ini, hanya tidur terkesima dibuai mimpi siang! Senyap! Mungkin terlopong dek tidak percaya!

Contohilah media massa luar negara yang senantiasa memberikan sokongan terhadap pasukan-pasukan mereka yang membawa nama negara mereka. Tidak kiralah di pertandingan AFC Cup mahupun AFC Champion League. Kedua-dua pertandingan ini sebenarnya adalah satu kayu mengukur untuk melihat sejauh manakah ‘level’ atau tahap LIGA DOMESTIK sesebuah negara itu sendiri. Jika kita melihat AFC Champion League, tidak hairanlah di mana pasukan Jepun, Korea Selatan, China, Arab Saudi dan Iran mendapat 4 slot automatik ke AFC Champion League. Ini adalah kerana ranking pasukan mereka dan perjalanan ‘DOMESTIC LEAGUE’ mereka cukup berprofil tinggi. Spectators yang ramai, mempunyai pemain import yang tinggi, hebahan media yang cukup meluas, perjalanan liga yang begitu sistematik dan tiada perubahan format yang terlalu kerap! Kesimpulannya, marilah kita sentiasa menyokong pasukan-pasukan yang membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa terutamanya AFC Cup iaitu satu kejohanan di mana saban tahun kita sentiasa menghantar dua pasukan untuk memikul tanggungjawab ini. Kejohanan ini adalah salah satu medan, saluran untuk memperbaiki maruah negara. Sehubungan dengan itu, diharap semua pihak senantiasa memberi sokongan, mencari jalan dan mencipta idea agar pasukan-pasukan yang mewakili negara dapat pergi lebih jauh pada masa akan datang. Insya’allah

p/s-nukilan ini turut di’posting’kan ke http://www.harimaumalaya.com

dipetik dari forum http://www.hijaukuning.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: