Posted by: mazrilhisham | September 1, 2009

Arab Saudi 2 Malaysia 1

Kita kalah kepada Arab Saudi

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Ibarat dirangsang semangat Hari Kebangsaan, skuad bawah 23 tahun negara mempamerkan kebangkitan dan tentangan habis-habisan sebelum menyerah 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan bola sepak persahabatan dekat Riyadh, kelmarin. Anak buah K. Rajagopal itu yang baru dihimpunkan sejak Jun lalu, beroleh gol sagu hati menerusi penyerang Harimau Muda, Ahmad Shakir Ali, di sebalik penguasaan nama besar bintang tuan rumah dan Asia di Stadium Putra Fahd, Dammam, Riyadh itu. Gol tunggal Malaysia itu dijaringkan pada minit ke-85 untuk membalas dua jaringan pasukan yang berkedudukan ke-64 dunia ini masing-masing menerusi Malek Maaz (36) dan Abdullatif Al Ghannam (52).

“Saya tidak boleh mengharapkan lebih daripada persembahan pasukan kita itu kerana tuan rumah jelas sudah berada di kelas tersendiri dari segi teknikal dan kemahiran pemainnya. “Bayangkan kami mampu mengejar daripada ketinggalan 2-0 dan menentang lawan yang turut jauh lebih baik fizikalnya hinggakan tiga pemain – Bunyamin Umar, Aidil Zafuan Radzak dan Safiq Rahim tercedera. “Yang jelas, perlawanan ini cukup tepat sebagai sebahagian proses membina pasukan menjelang ke Sukan SEA,” katanya yang turut memuji kecekapan penjaga gol Farizal Marlias menyelamatkan banyak percubaan berbahaya Saudi. Pemain Perlis itu bagaimanapun digantikan oleh penjaga gol UPB-MyTeam, Syed Adney Syed Hussein pada beberapa minit terakhir perlawanan yang turut menguji kemampuan skuad negara bermain pada sebelah malam di bulan puasa.

Skuad belia negara yang menjadikan perlawanan ini sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Ke-25 di Laos, Disember ini, menentang kelab Al Qadisyah (kira-kira pukul 2 pagi esok waktu Malaysia) dalam perlawanan kedua siri jelajah ke Asia Barat. Mereka akan menamatkannya dengan menentang Jordan di Amman pada Sabtu depan.

Siri persahabatan di tanah air sebelum ini menyaksikan skuad belia negara menewaskan Zimbabwe 4-0 dan 1-0, dikalahkan Manchester United 3-2 dan 2-0 serta mengikat Kenya dan China seri tanpa jaringan. Arab Saudi pula masih berjuang merebut tiket ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 menerusi dua perlawanan kelayakan penentuan timbal balik menentang Bahrain pada 5 dan 9 September ini dengan pemenangnya akan menghadapi juara Oceania, New Zealand.

Kalah 1-2, tiga pemain cedera

Oleh Harris Rajahdin

harajah@bharian.com.my

HARGA mahal terpaksa dibayar skuad Malaysia dalam penampilan membanggakan menentang Arab Saudi kelmarin apabila tiga daripada pemain negara menyertai senarai kecederaan, dua bulan menjelang temasya Sukan Sea.

Malaysia yang memperagakan aksi bersemangat menentang gergasi Asia itu dalam kekalahan tipis 1-2 di Stadium Raja Fahd, terpaksa menelan kepahitan kehilangan kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak dan dua pemain tengah, Bunyamin Omar dan Safiq Rahim bagi perlawanan kedua menentang kelab negara itu, Al Qadisyah hari ini dan lebih dibimbangi, temasya serantau di Laos nanti.

Kecederaan tiga pemain itu dibayangi kehilangan Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang tidak mengikuti penerbangan ke Arab Saudi selepas disentak dengan kecederaan otot kartilaj koyak yang memaksanya diketepikan bagi tugasan di Vientiane, Disember ini. Selain, Khyrill, dua pemain Perlis yang juga tidak mengikuti rakan sepasukan mereka ke Asia Barat, Amar Rohidan dan Mazlizam Mohd dijangka pulih daripada demam selsema yang dihidapi selepas pulang daripada perlawanan persahabatan menentang kelab Indonesia, Sriwijaya di Palembang, dua minggu lalu.

Namun ia seharusnya tidak mengalih perhatian daripada persembahan bersemangat skuad negara yang enggan mengaku kalah walaupun ketinggalan dua gol, dijaringkan tuan rumah pada setiap babak untuk meledakkan jaringan sagu hati, lapan minit sebelum tamat oleh penyerang muda, Ahmad Shakir Md Ali.

“Sungguhpun kami tewas, ia adalah saat membanggakan kerana kami menampilkan persembahan bersungguh-sungguh menentang pasukan bertaraf dunia. “Apa lagi yang boleh saya pinta daripada mereka, pemain melakukan yang terbaik berdepan pasukan Saudi yang bagus dan jelas berada pada takuk berbeza. Penjaga gol, Mohd Farizal Marlias bertindak cemerlang dengan melakukan beberapa aksi menyelamat penting dalam perlawanan itu,” kata jurulatih, K Rajagobal ketika dihubungi semalam.

Secara perbandingan, pasukan Arab Saudi dibarisi pemain senior mereka yang menjadikan perlawanan itu sebagai pemanas badan bagi perlawanan play-off menentang Bahrain dalam usaha melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kelima berturut-turut pada 5 September ini manakala barisan negara dibarisi pemain muda bawah 23 yang memburu emas pertama sejak 20 tahun di Sukan Sea.

Rangkuman perlawanan

http://www.youtube.com/watch?v=Do_ZVJ3iFG0

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: