Posted by: mazrilhisham | September 8, 2009

Malaysia ikat Jordan di Amman

MALAYSIA menamatkan kunjungan ke Asia Barat dengan mencatatkan keputusan seri tanpa jari- ngan menentang Jordan pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium King Abdullah II di Amman semalam.
Ia merupakan keputusan seri pertama yang dicatatkan oleh anak- anak buah jurulatih K. Rajagobal setelah tewas dua perlawanan persahabatan sebelum ini di Riyadh, Arab Saudi.
Pada perlawanan persahabatan pertama 31 Ogos lepas, Malaysia tewas 1-2 kepada Arab Saudi dengan jaringan tunggal dihasilkan oleh penyerang Harimau Muda, Ahmad Syakir Mohd. Ali dan sekali lagi tumpas 0-1 kepada kelab negara itu, Al-Qadisiya, dua hari kemudian.
Selepas ini skuad negara akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk menentang Lesotho di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini.
Skuad itu kini dalam persiapan terakhir bagi menghadapi Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung Disember depan.
Sementara itu, skuad Harimau Muda yang kini berada di Slovakia akan menentang kelab Spartak Trnava pada perlawanan persahabatan kedua hari ini.
Sebelum ini mereka menang 4-0 pada aksi pertama menentang kelab Slovan Levice.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan pemainnya walaupun mencatatkan kemenangan besar kerana ia belum memberi gambaran sebenar kekuatan pasukan.
“Apa yang lebih penting adalah kebolehan mereka mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan ketika menentang Slovan Levice serta empat lagi perlawanan persahabatan yang diatur di Slovakia.
“Sebab itulah saya lebih menekankan konsistensi pada mereka. Itulah disiplin permainan sebenar untuk dibawa pulang,” katanya.
Selepas menentang Spartak Trnava, Harimau Muda dijangka menentang dua lagi pasukan berstatus kelab sebelum bertemu skuad bawah 19 tahun Slovakia pada perlawanan terakhir yang dijadualkan pada 18 September ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: