Posted by: mazrilhisham | September 28, 2009

Perolehan VAB 6X6 Masih Satu Khabar Angin

Kuala Lumpur, KLS: Cerita kononnya Tentera Darat Malaysia akan memperolehi kenderaan VAB 6X6 terpakai untuk mengganti Condor 4×4 yang beroperasi di Lebanon masih berstatus khabar angin.

Sumber rasmi memberitahu pihak KL Security Review, perolehan kenderaan VAB 6X6 terpakai untuk pasukan pengaman TDM di Lebanon adalah satu sumber khabar angin dan belum ada sebarang keputusan rasmi.

Sumber tersebut menyatakan, adalah tidak wajar TDM menggantikan kenderaan Condor 4X4 dengan kenderaan 6×6 dan sekiranya wujud keperluan tersebut, maka kenderaan AV4 yang harus dijadikan sebagai keutamaan.

“Perolehan VAB 6X6 adalah tidak wajar dilakukan, jikalau ada keperluan tersebut, maka perolehan kenderaan haruslah terdiri daripada satu siri kenderaan keluarga(family vehicle)iaitu kenderaan 8×8 yang kini menjadi keutamaan TDM.”

Sumber itu turut berkata, sekiranya untuk kegunaan sementara untuk menyokong operasi pengaman TDM di Lebanon, maka kerajaan seharusnya mengutamakan kenderaan AV4 4×4 di mana AV4 adalah kenderaan buatan Malaysia yang boleh diperolehi dengan kadar segera.

Minggu lepas, sebuah blog pertahanan tempatan memetik sumber yang tidak diketahui menyatakan sejumlah kenderaan VAB 6X6 terpakai akan menggantikan kenderaan Condor yang beroperasi di Lebanon.

Mengikiut cerita blog tersebut, Condor yang kini beroperasi di Lebanon perlu diganti dengan secepat mungkin.

Kenderaan VAB dalam misi UNPROFOR di Sarajevo. (Gambar Internet)

Kenderaan Condor 4×4 yang dgunakan oleh MALBAT di Lebanon(Gambar internet)


av4_03

Deftech AV4 buatan Malaysia

av4_021

http://www.klsreview.com/HTML/2009Jul_Dec/20090927.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: