Posted by: mazrilhisham | October 8, 2009

KD Seri Inderapura terbakar lagi

IPOH: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di sini.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi tadi dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut,” katanya ketika dihubungi. – Bernama

Kerajaan cadang ganti kapal KD Seri Inderapura

PORT DICKSON: Kerajaan bercadang membeli kapal pendarat baru bagi menggantikan kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Seri Inderapura yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pagi tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kapal yang berusia 40 tahun itu tidak boleh digunakan lagi akibat kebakaran teruk kali kedua, selepas terbakar kali pertama pada 2002.

“Saya telah menghubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tadi, beliau kini berada di luar negara, pada hemat saya PM yang menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun minta cari alternatif lain ganti kapal itu, bagaimanapun sukar untuk mencari kapal kerana tidak mudah didapati di pasaran ketika ini.

“Kalau kita ada keperluan sekalipun ia harus dibuat secara tender terbuka, untuk bina kapal itu akan memakan masa 36 hingga 60 bulan, pada hemat saya, kapal ini tak boleh lagi digunakan, maka penggantian haruslah dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengenai kejadian itu, beliau berkata, kapal yang ditauliahkan kepada TLDM pada tahun 1995 itu terbakar jam 6.23 pagi dan api hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya 2.15 petang oleh Bomba TLDM dengan bantuan anggota Balai Bomba Manjung, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot tunda awam.

Beliau berkata, semasa kejadian itu berlaku, seramai 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Bersyukur kerana kejadian itu berlaku di pangkalan, malang kalau ia berlaku ketika dalam pelayaran, pasti sukar untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Menurut beliau, laporan awal mendapati kebakaran itu kemungkinan disebabkan litar pintas dan tidak ada kena-mengena dengan unsur sabotaj.

“Tak ada unsur sabotaj, tak ada kena mengena dengan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang kononnya merancang mahu “menyerang” Malaysia,” katanya.

Malah beliau juga menolak dakwaan bahawa KD Seri Inderapura tidak diselenggara baik oleh TLDM kerana baginya TLDM sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan pemeriksaan teknikal dan mekanikal selalu dititik beratkan.

Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan Lembaga Siasatan yang ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kebakaran itu.

Ahmad Zahid, kapal dari Skuadron LST ( Landing Ship Tank) itu sepatutnya akan belayar ke Sabah dan Sarawak bagi menghantar barang-barang logistik ke Markas Wilayah 2 Laut Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.

Katanya, sebahagian besar barangan yang dimuatkan di atas dek kapal itu musnah bagaimanapun operasi penghantaran bekalan itu tidak akan terjejas.

“Barang-barang itu akan kami hantar sedikit masa nanti kerana kami mempunyai sebuah lagi kapal pendarat, KD Seri Indera Sakti,” katanya.

Kapal KD Seri Inderapura yang mempunyai kekuatan 324 anggota dibina pada 1970 dan digunakan Tentera Laut Amerika Syarikat setelah ditauliahkan di bawah kelas NewPort dengan nama USS Spartanburg County.

Bagaimanapun pada 16 Disember 1994, kapal itu diserahkan kepada TLDM dan dinamakan KD Seri Inderapura dan telah berkhidmat untuk negara ini selama 15 tahun. – Bernama

more photos:  http://military-photos.blogspot.com/2009/10/kd-seri-inderapura-burnt-again.html

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: