Posted by: mazrilhisham | December 26, 2009

BRIGED ARTILERI ROKET – Mantapkan Kuasa Tempur TD

Tentera Darat (TD) melalui Rejimen Artileri DiRaja (RAD) mencatat satu sejarah baru dalam penyususan ketumbukan tempurnya apabila merealisasikan pembentukan Briged Artileri Roket (atau ringkasknya Briged Roket) ke dalam formasi tempurnya.  Penubuhan Briged Roket ini dilihat memperkemaskan lagi struktur tempur TD sekaligus melonjakkan kesiap siagaannya untuk menghadapi ancaman peperangan konvensional.  Melalui briged terbaru TD ini, dua buah rejimen Sistem Pelancar Roket Berganda (SPRB) jenis Astros II dan sebuah rejimen artileri pengesan menggunakan radar Arthur milik Rejimen Artileri DiRaja (RAD) digabungkan di bawah satu pemerintahan.


Walaupun aset artileri roket mula telahpun memasuki perkhidmatan RAD seawal 13 Mac 2002 melalui pemilikan 18 unit SPRB Astros II buatan firma Avibras dari Brazil (tidak termasuk kenderaan sokongan) tetapi ia hanya beroperasi sebagai sebuah unit tunggal oleh pasukan 51 RAD tetapi dengan peranan pemusnah yang cukup besar. SPRB Astros II buatan Brazil berupaya memusnahkan sasaran seluas kira-kira lima buah padang bola sepak dengan jarak tembakan sejauh kira-kira 90 kilometer bergantung kepada jenis peluru yang digunakan. Melihat kepada keperluan meningkat upaya sistem artileri roket TD, Kementerian Pertahanan kemudian bersetuju membuat pembelian susulan 18 lagi sistem persenjataan sama dari Brazil ini pada tahun 2006. Dengan pembelian tambahan ini, satu bateri SPRB Astros II di tempatkan di bawah pasukan 22 RAD yang berpengkalan di Taiping, Perak yang ketika itu turut mengoperasikan dua bateri sistem artileri 155mm/45 kaliber G-5 Mk III (satu bateri daripada pasukan ini di tempatkan di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu Kelantan).

Bagaimanapun, apabila kesemua sistem Astros II diterima, pihak pemerintahan TD telah membuat penyusunan semula apabila pasukan 22 RAD bertukar designasi kepada entiti baru iaitu 52 RAD sekaligus dilengkapkan sepenuhnya dengan SPRB Astros II. Manakala kesemua sistem artileri G-5 Mk III milik pasukan ini pula diserahkan kepada pasukan 21 RAD di Kem Gemas bagi menggantikan kesemua unit sistem artileri lama milik pasukan ini iaitu 155mm/39 kaliber FH-70 yang diguna sejak tahun 1989. Bagaimanapun, mengenai status pasukan 22 RAD, difahamkan ia hanya penggantungan sementara sehinggalah TD atau RAD membuat sebarang perolehan sistem artileri sama iaitu jenis. . .

Dapatkan TEMPUR terbaru December 2009 dengan harga RM15 (termasuk belanja POS)

ctc me 016-3352083

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: