Posted by: mazrilhisham | September 1, 2009

Cyber Crime ???? hahahahha nak muntah aku dengar

Tahu tak kakitangan kerajaan (bukan semua) adalah spesis yang paling lemah IT dalam negara kita dan badan2 kerajaan pun 2×5. nak tau sebab apa aku kata lagu tu???
Kalau kita update web site under kerajaan, kita dapati majoritinya tak up to date @ tak update langsung.
Kakitangan kerajaan…. Tgklah cam mana depa handle computer time nak facing dgn customer, sapa pernah kena tau lah.
Mengapa kerajaan BN terjejas dalam PRU12? Sorry aku bukan nak berpolitik. Tapi hakikatnya depa tumbang adalah disebabkam blog2 web2  forum2 pembangkang yang tumbuh bagaikan cendawan. BN dapat mempertahankan majoriti pun maybe… maybe aku kata… maybe sbb orang2 kampung yang buta IT @ hati still support depa. Kalau dibuat survey rata2 yang pro pembangkang adalah golongan berdarah muda & pro. Bukti???? Tgk la kesemua PRK baru2 ni. Depa menang kat ulu Sarawak ja. Dan dalam PRU12 depa sapu bersih kerusi Sabah Sarawak. Nak kata Sabah & Sarawak miskin, tak boleh jugak sbb depa ni yang selama ni support ekonomi Malaysia dgn minyak dan balaknya. Tapi rata2 penduduk dan kawasan luasnya masih mundur.
Bukan nak kata pemimpin pembangkang celik IT, mungkin depa pun ada yang lembab tapi kita cerita pasal penyokong sbb penyokong ni lah yang memangkah. Lepas PRU12 barulah org2 BN kalut nak buat blog lah apa lah termasuk bini PM sendiri.
Kalau kata BN ni celik IT awal2, insyaallah pembangkang tak boleh menang banyak aihhh dlm PRU yang lepas.
Pengalaman aku… Jeng jeng jeng
Kereta aku hilang, aku buat report POLIS, siap cakap lokasi terakhir kereta tu. Tup tup 3 tahun kemudian aku dapat saman ekor atas no pendaftaran kereta tu berdekatan lokasi ia hilang. Woi… Polis… Tak kan aku nak kena ajar kot. Aku tau la kereta aku KANCIL je. Meh sini aku nak ajar skit. Time aku buat report tu update la dalam sistem. Hangpa punya link connect tak ke seluruh negara? Haaa… pas tu alert kan kereta tu hilang kat area mana, at least hangpa punya intelligent buat keje skit. Kalau malas nak cari kereta tu, buat je satu sistem SMS ke apa ke (korang kena la pikir skit) utk update kereta2 hilang kat semua petugas. Kalau sapa2 terjumpa boleh terus tangkap. Ini siap buat speed trap pas tu tak tau yang kereta tu kereta curi. Hampeh betul.
Kata nak org celik IT. Cermin la muka sindiri dulu beb.

Tahu tak kakitangan kerajaan (bukan semua) adalah spesis yang paling lemah IT dalam negara kita dan badan2 kerajaan pun 2×5. nak tau sebab apa aku kata lagu tu???

Kalau kita update web site under kerajaan, kita dapati majoritinya tak up to date @ tak update langsung.

Kakitangan kerajaan…. Tgklah cam mana depa handle computer time nak facing dgn customer, sapa pernah kena tau lah.

Mengapa kerajaan BN terjejas dalam PRU12? Sorry aku bukan nak berpolitik. Tapi hakikatnya depa tumbang adalah disebabkam blog2 web2  forum2 pembangkang yang tumbuh bagaikan cendawan. BN dapat mempertahankan majoriti pun maybe… maybe aku kata… maybe sbb orang2 kampung yang buta IT @ hati still support depa. Kalau dibuat survey rata2 yang pro pembangkang adalah golongan berdarah muda & pro. Bukti???? Tgk la kesemua PRK baru2 ni. Depa menang kat ulu Sarawak ja. Dan dalam PRU12 depa sapu bersih kerusi Sabah Sarawak. Nak kata Sabah & Sarawak miskin, tak boleh jugak sbb depa ni yang selama ni support ekonomi Malaysia dgn minyak dan balaknya. Tapi rata2 penduduk dan kawasan luasnya masih mundur.

Bukan nak kata pemimpin pembangkang celik IT, mungkin depa pun ada yang lembab tapi kita cerita pasal penyokong sbb penyokong ni lah yang memangkah. Lepas PRU12 barulah org2 BN kalut nak buat blog lah apa lah termasuk bini xxx sendiri.

Kalau kata BN ni celik IT awal2, insyaallah pembangkang tak boleh menang banyak aihhh dlm PRU yang lepas.

Pengalaman aku… Jeng jeng jeng

Kereta aku hilang, aku buat report, siap cakap lokasi terakhir kereta tu. Tup tup 3 tahun kemudian aku dapat saman ekor atas no pendaftaran kereta tu berdekatan lokasi ia hilang. Woi… Tak kan aku nak kena ajar kot. Aku tau la kereta aku KANCIL je. Meh sini aku nak ajar skit. Time aku buat report tu update la dalam sistem. Hangpa punya link connect tak ke seluruh negara? Haaa… pas tu alert kan kereta tu hilang kat area mana, at least hangpa punya intelligent buat keje skit. Kalau malas nak cari kereta tu, buat je satu sistem SMS ke apa ke (korang kena la pikir skit) utk update kereta2 hilang kat semua petugas. Kalau sapa2 terjumpa boleh terus tangkap. Ini siap buat speed trap pas tu tak tau yang kereta tu kereta curi. Hampeh betul.  nasib baik nak tembak orang pakai pistol tak payah log in log out. kalau takkkk…..

Nasihat aku hangpa tengok la CSI tu selalu. Belajaq skit.

Ini tak, kalau orang nak buat demo hangpa laju ja.

Kata nak org celik IT. Cermin la muka sindiri dulu beb.

Advertisements
Posted by: mazrilhisham | September 1, 2009

Arab Saudi 2 Malaysia 1

Kita kalah kepada Arab Saudi

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Ibarat dirangsang semangat Hari Kebangsaan, skuad bawah 23 tahun negara mempamerkan kebangkitan dan tentangan habis-habisan sebelum menyerah 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan bola sepak persahabatan dekat Riyadh, kelmarin. Anak buah K. Rajagopal itu yang baru dihimpunkan sejak Jun lalu, beroleh gol sagu hati menerusi penyerang Harimau Muda, Ahmad Shakir Ali, di sebalik penguasaan nama besar bintang tuan rumah dan Asia di Stadium Putra Fahd, Dammam, Riyadh itu. Gol tunggal Malaysia itu dijaringkan pada minit ke-85 untuk membalas dua jaringan pasukan yang berkedudukan ke-64 dunia ini masing-masing menerusi Malek Maaz (36) dan Abdullatif Al Ghannam (52).

“Saya tidak boleh mengharapkan lebih daripada persembahan pasukan kita itu kerana tuan rumah jelas sudah berada di kelas tersendiri dari segi teknikal dan kemahiran pemainnya. “Bayangkan kami mampu mengejar daripada ketinggalan 2-0 dan menentang lawan yang turut jauh lebih baik fizikalnya hinggakan tiga pemain – Bunyamin Umar, Aidil Zafuan Radzak dan Safiq Rahim tercedera. “Yang jelas, perlawanan ini cukup tepat sebagai sebahagian proses membina pasukan menjelang ke Sukan SEA,” katanya yang turut memuji kecekapan penjaga gol Farizal Marlias menyelamatkan banyak percubaan berbahaya Saudi. Pemain Perlis itu bagaimanapun digantikan oleh penjaga gol UPB-MyTeam, Syed Adney Syed Hussein pada beberapa minit terakhir perlawanan yang turut menguji kemampuan skuad negara bermain pada sebelah malam di bulan puasa.

Skuad belia negara yang menjadikan perlawanan ini sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Ke-25 di Laos, Disember ini, menentang kelab Al Qadisyah (kira-kira pukul 2 pagi esok waktu Malaysia) dalam perlawanan kedua siri jelajah ke Asia Barat. Mereka akan menamatkannya dengan menentang Jordan di Amman pada Sabtu depan.

Siri persahabatan di tanah air sebelum ini menyaksikan skuad belia negara menewaskan Zimbabwe 4-0 dan 1-0, dikalahkan Manchester United 3-2 dan 2-0 serta mengikat Kenya dan China seri tanpa jaringan. Arab Saudi pula masih berjuang merebut tiket ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 menerusi dua perlawanan kelayakan penentuan timbal balik menentang Bahrain pada 5 dan 9 September ini dengan pemenangnya akan menghadapi juara Oceania, New Zealand.

Kalah 1-2, tiga pemain cedera

Oleh Harris Rajahdin

harajah@bharian.com.my

HARGA mahal terpaksa dibayar skuad Malaysia dalam penampilan membanggakan menentang Arab Saudi kelmarin apabila tiga daripada pemain negara menyertai senarai kecederaan, dua bulan menjelang temasya Sukan Sea.

Malaysia yang memperagakan aksi bersemangat menentang gergasi Asia itu dalam kekalahan tipis 1-2 di Stadium Raja Fahd, terpaksa menelan kepahitan kehilangan kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak dan dua pemain tengah, Bunyamin Omar dan Safiq Rahim bagi perlawanan kedua menentang kelab negara itu, Al Qadisyah hari ini dan lebih dibimbangi, temasya serantau di Laos nanti.

Kecederaan tiga pemain itu dibayangi kehilangan Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang tidak mengikuti penerbangan ke Arab Saudi selepas disentak dengan kecederaan otot kartilaj koyak yang memaksanya diketepikan bagi tugasan di Vientiane, Disember ini. Selain, Khyrill, dua pemain Perlis yang juga tidak mengikuti rakan sepasukan mereka ke Asia Barat, Amar Rohidan dan Mazlizam Mohd dijangka pulih daripada demam selsema yang dihidapi selepas pulang daripada perlawanan persahabatan menentang kelab Indonesia, Sriwijaya di Palembang, dua minggu lalu.

Namun ia seharusnya tidak mengalih perhatian daripada persembahan bersemangat skuad negara yang enggan mengaku kalah walaupun ketinggalan dua gol, dijaringkan tuan rumah pada setiap babak untuk meledakkan jaringan sagu hati, lapan minit sebelum tamat oleh penyerang muda, Ahmad Shakir Md Ali.

“Sungguhpun kami tewas, ia adalah saat membanggakan kerana kami menampilkan persembahan bersungguh-sungguh menentang pasukan bertaraf dunia. “Apa lagi yang boleh saya pinta daripada mereka, pemain melakukan yang terbaik berdepan pasukan Saudi yang bagus dan jelas berada pada takuk berbeza. Penjaga gol, Mohd Farizal Marlias bertindak cemerlang dengan melakukan beberapa aksi menyelamat penting dalam perlawanan itu,” kata jurulatih, K Rajagobal ketika dihubungi semalam.

Secara perbandingan, pasukan Arab Saudi dibarisi pemain senior mereka yang menjadikan perlawanan itu sebagai pemanas badan bagi perlawanan play-off menentang Bahrain dalam usaha melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kelima berturut-turut pada 5 September ini manakala barisan negara dibarisi pemain muda bawah 23 yang memburu emas pertama sejak 20 tahun di Sukan Sea.

Rangkuman perlawanan

http://www.youtube.com/watch?v=Do_ZVJ3iFG0

Posted by: mazrilhisham | August 22, 2009

My Newborn Baby

Day 1 till 9

http://husna-nadhirah.blogspot.com/


Posted by: mazrilhisham | August 21, 2009

Penemuan arkeologi China

AHLI arkeologi telah menemui satu kawasan makam purba yang dihiasi dengan batu jed yang pertama di wilayah Anhui Timur, China.

AHLI arkeologi di China kini giat melakukan kerja-kerja penggalian di seluruh negara itu bagi menemui artifak bersejarah.

DI sebuah kampung di kawasan pedalaman, Yangshe yang terletak di tebing Sungai Kuning (Yellow River), sekumpulan ahli arkeologi China yang melakukan kerja-kerja penggalian di situ menemui satu budaya purba yang berusia hampir 3,000 tahun. Ia bakal ditatap oleh penduduk China dan dunia apabila sebuah muzium yang dibina khusus untuk menempatkan kesemua penemuan itu siap dibina pada tahun 2010.

Peninggalan nenek moyang penduduk China itu ditemui di sebuah kawasan tanah perkuburan yang luas. Kumpulan ahli arkeologi itu sebenarnya telah menggali khazanah milik maharaja terdahulu yang terletak di Yangshe dalam wilayah Shanxi, utara China.

Ia merupakan satu penemuan yang mana kebanyakan negara di dunia akan memuji kerja-kerja penggalian yang telah dilakukan.

“Kami sedang menjalani zaman kegemilangan dalam bidang arkeologi di China,” kata Ji Kunzhang, seorang ahli arkeologi dari Institut Penyelidikan Arkeologi Shanxi yang memikul tanggungjawab mengawasi kerja-kerja penggalian di Yangshe.

Individu seperti Kunzhang berusaha menggali penemuan perdana di negara itu dan apa yang dilakukannya itu telah memberi petunjuk baru kepada isu-isu pertikaian mengenai tamadun tertua dunia.

Dalam satu contoh yang berlaku di wilayah Anhui Timur, ahli arkeologi telah menemui satu kawasan makam purba yang dihiasi dengan batu jed yang pertama di China. Jed yang ditemui itu berukir rupa bentuk seekor babi dan mempunyai tarikh-tarikh pada zaman neolitik. Batu jed tersebut ditemui bersama ratusan batu jed lain di kawasan tersebut.

Dalam satu lagi penggalian hebat pada tahun 2007, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui lebih daripada 10,000 buah tembikar China dan peninggalan-peninggalan lain. Kesemua bahan-bahan tersebut ditemui di sebuah kapal purba yang karam di Laut China Selatan lebih daripada 700 tahun dahulu.

Penggalian arkeologi di laut dalam itu dijalankan di sebuah pulau yang dikenali sebagai Xisha di Laut China Selatan. Lokasi itu dipercayai menjadi laluan utama perdagangan pada zaman tersebut.

Dalam kerja-kerja penggalian yang dilakukan di Yangshe pula, penemuan luar biasa yang menakjubkan adalah sebuah lubang besar yang mengandungi 48 buah kereta kuda dan 105 ekor kuda yang telah dikebumikan bersama seorang maharaja terkenal dari Dinasti Zhou Barat (1120 – 781 Sebelum Masehi). Kuda dan kereta kuda itu dipercayai digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Beberapa hasil penemuan lain dipercayai berasal dari zaman Dinasti Shang dan Dinasti Zhou (1600 – 256 Sebelum Masehi). “Penemuan itu juga membawa petunjuk mengenai kubur tanah liat maharaja pertama China, Qin Shihuang yang berkuasa kira-kira 600 tahun lalu,” jelas Kunzhang.

Antara penemuan itu termasuklah kereta berkuda istiadat yang mana ia dicat elok dengan laker merah manakala pintu-pintu berukir dengan gangsa. Gerabak perang yang dilindungi dengan plat-plat gangsa turut ditemui.

“Kita percaya kereta-kereta kuda dan kuda tersebut digunakan oleh pasukan tentera dalam kempen tentera,” katanya.

Beliau menambah: “Setakat ini, kita pernah mengira sekurang-kurangnya 105 ekor kuda yang dipercayai telah diberi dadah dan ditanam hidup-hidup yang mana kepala kuda terpacak dan ada pula yang diikat kaki.”

Negeri itu adalah sebahagian daripada wilayah pada era Dinasti Zhou yang dibahagikan kepada barat dan timur.

Tanah perkuburan tersebut telah ditemui kali pertama pada tahun 1992 tetapi pembiayaan untuk penggalian yang lebih besar bermula pada tahun 1996.

Sejak itu, kesemua 19 buah makam telah ditemui dengan penemuan kuda dalam kuantiti yang besar manakala lubang yang menempatkan kereta kuda ditemui selepas empat tahun kerja-kerja penggalian dilakukan.

“Muzium yang akan menempatkan kesemua penemuan itu kini sedang dibina dan dijangka siap serta dibuka untuk orang ramai pada tahun 2010,” katanya.

Muzium yang menelan belanja kira-kira AS$ 13 juta (RM45.8 juta) akan menempatkan semua harta karun gangsa dan artifak jed dari 19 buah makam para pemimpin dan isteri mereka dari dinasti berkenaan.

“Kami memperoleh tambahan pembiayaan daripada kerajaan negeri dan lebih banyak penggalian besar-besaran akan dilakukan di seluruh negara,” kata Kunzhang. – AFP

Posted by: mazrilhisham | August 21, 2009

Popcorn paling sedap

popcorn pilihan aku, sudah tentu dari GSC

popcorn

Posted by: mazrilhisham | August 7, 2009

My Farewell Party – Ericsson

Posted by: mazrilhisham | August 5, 2009

Genius Aulad Family Day

2 August 2009

Posted by: mazrilhisham | August 2, 2009

Katon’s Sale b4 Ramadhan

PUMA Samba Soccer Boots (6.5 / 40) – RM25

Nokia 6230 – RM100

Levis 503 Loose (30×32) for Sale – RM110

Home Jersey Kedah 2006 (L) for Sale – RM30

ctc 016-3352083
free delivery for puchong area only

Posted by: mazrilhisham | July 31, 2009

Jeddah : 2006 & 2008

Posted by: mazrilhisham | July 31, 2009

Saudi – Pro & Con

Pro : dapat beribadat di tanah suci MEKAH & MADINAH

Con : nak melayan pak arab, paki, pinoy

RIYADH : March – September 2007

« Newer Posts - Older Posts »

Categories