Posted by: mazrilhisham | December 26, 2009

BRIGED ARTILERI ROKET – Mantapkan Kuasa Tempur TD

Tentera Darat (TD) melalui Rejimen Artileri DiRaja (RAD) mencatat satu sejarah baru dalam penyususan ketumbukan tempurnya apabila merealisasikan pembentukan Briged Artileri Roket (atau ringkasknya Briged Roket) ke dalam formasi tempurnya.  Penubuhan Briged Roket ini dilihat memperkemaskan lagi struktur tempur TD sekaligus melonjakkan kesiap siagaannya untuk menghadapi ancaman peperangan konvensional.  Melalui briged terbaru TD ini, dua buah rejimen Sistem Pelancar Roket Berganda (SPRB) jenis Astros II dan sebuah rejimen artileri pengesan menggunakan radar Arthur milik Rejimen Artileri DiRaja (RAD) digabungkan di bawah satu pemerintahan.


Walaupun aset artileri roket mula telahpun memasuki perkhidmatan RAD seawal 13 Mac 2002 melalui pemilikan 18 unit SPRB Astros II buatan firma Avibras dari Brazil (tidak termasuk kenderaan sokongan) tetapi ia hanya beroperasi sebagai sebuah unit tunggal oleh pasukan 51 RAD tetapi dengan peranan pemusnah yang cukup besar. SPRB Astros II buatan Brazil berupaya memusnahkan sasaran seluas kira-kira lima buah padang bola sepak dengan jarak tembakan sejauh kira-kira 90 kilometer bergantung kepada jenis peluru yang digunakan. Melihat kepada keperluan meningkat upaya sistem artileri roket TD, Kementerian Pertahanan kemudian bersetuju membuat pembelian susulan 18 lagi sistem persenjataan sama dari Brazil ini pada tahun 2006. Dengan pembelian tambahan ini, satu bateri SPRB Astros II di tempatkan di bawah pasukan 22 RAD yang berpengkalan di Taiping, Perak yang ketika itu turut mengoperasikan dua bateri sistem artileri 155mm/45 kaliber G-5 Mk III (satu bateri daripada pasukan ini di tempatkan di Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu Kelantan).

Bagaimanapun, apabila kesemua sistem Astros II diterima, pihak pemerintahan TD telah membuat penyusunan semula apabila pasukan 22 RAD bertukar designasi kepada entiti baru iaitu 52 RAD sekaligus dilengkapkan sepenuhnya dengan SPRB Astros II. Manakala kesemua sistem artileri G-5 Mk III milik pasukan ini pula diserahkan kepada pasukan 21 RAD di Kem Gemas bagi menggantikan kesemua unit sistem artileri lama milik pasukan ini iaitu 155mm/39 kaliber FH-70 yang diguna sejak tahun 1989. Bagaimanapun, mengenai status pasukan 22 RAD, difahamkan ia hanya penggantungan sementara sehinggalah TD atau RAD membuat sebarang perolehan sistem artileri sama iaitu jenis. . .

Dapatkan TEMPUR terbaru December 2009 dengan harga RM15 (termasuk belanja POS)

ctc me 016-3352083

Posted by: mazrilhisham | October 28, 2009

Kisah Senoi Praaq menentang komunis

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

senoi

(dari kiri) Nam Ron, Wan Azli, Zahiril dan Azhan.

MUNGKIN ramai yang tidak tahu Orang Asli turut memainkan peranan penting dalam mempermudahkan kejayaan negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Mengimbas kembali penubuhan Unit Senoi Praaq yang bermaksud ‘orang perang’, pasukan yang pada awalnya dianggotai oleh 10 Orang Asli, ditugaskan menghapuskan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menetap di dalam hutan. Kepakaran Unit Senoi Praaq dengan selok-belok hutan memudahkan mereka menjejaki dan menghapuskan komunis lantas membantu mengembalikan keamanan negara kita. Ada yang tahu kisah mereka, lebih ramai yang tidak tahu. Atas kesedaran itu, saluran Astro Citra bakal menayangkan sebuah epik drama tentang kisah perjuangan mereka iaitu Lembing dan Layang. Di bawah slot Suatu Ketika…, drama bersiri lapan episod ini akan disiarkan mulai 4 November ini iaitu setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di Astro Citra, saluran 131. Lembing dan Layang arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini mempertaruhkan barisan pelakon yang hebat yang kebanyakannya aktif dengan lakonan teater seperti Azhan Rani, Nam Ron, Zahiril Adzim, Wan Azli Wan Jusoh, Beto Khusyairy, Lisa Surihani, Natasha Hudson, Elly Suriati dan lain-lain. Menurut Wan Hasliza, cubaan pertamanya mengarahkan drama epik ini agak mencabar kerana perlu membuat penonton percaya yang ianya kisah benar dan dalam masa yang sama tidak membosankan. “Ia adalah sebuah kisah sejarah dan ada di antara watak di dalam cerita ini yang masih hidup lagi. “Saya perlu menulis dan mengarah drama ini dengan sebaik mungkin supaya penonton percaya dan dapat mengingati pejuang-pejuang ini dan dalam masa yang sama cerita itu mestilah menarik. “Mereka adalah pejuang negara namun kurang dikenali. Saya amat kagum dengan usaha pihak Astro dalam mengangkat kisah perjuangan Senoi Praaq dalam bentuk drama ini,” ujarnya ketika ditemui di set pengambaran di Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. Pelbagai kajian dijalankan sebelum menulis dan mengarahkan drama ini termasuklah berjumpa sendiri dengan Bah Ayob yang berada di Perak, ahli asal Unit Senoi Praaq yang terawal yang juga merupakan watak utama drama ini. Tambahnya, antara kesukaran lain ialah dari segi lokasi kerana memerlukan bajet yang banyak untuk membina perkampungan Orang Asli dan kem komunis di dalam hutan Hulu Langat itu. Selain itu, barisan pelakon juga dihantar belajar menggunakan bahasa kaum Semai selama beberapa minggu kerana 90 peratus drama ini menggunakan Bahasa Semai. Mereka juga dihantar menjalani latihan kententeraan untuk mempelajari memegang senjata dengan betul dan isyarat-isyarat ketenteraan serta membuat latihan di gim bagi membina badan seperti seorang askar yang sebenar.

Posted by: mazrilhisham | October 10, 2009

Ntah berapa kali permohonan daaa…

Tunggu permohonan ganti kapal

PUTRAJAYA 9 Okt. – Kerajaan menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk membuat permohonan kepada Kabinet bagi menggantikan kapal pendarat, KD Sri Inderapura yang terbakar ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak semalam.

Posted by: mazrilhisham | October 8, 2009

KD Seri Inderapura terbakar lagi

IPOH: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di sini.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi tadi dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut,” katanya ketika dihubungi. – Bernama

Kerajaan cadang ganti kapal KD Seri Inderapura

PORT DICKSON: Kerajaan bercadang membeli kapal pendarat baru bagi menggantikan kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Seri Inderapura yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pagi tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kapal yang berusia 40 tahun itu tidak boleh digunakan lagi akibat kebakaran teruk kali kedua, selepas terbakar kali pertama pada 2002.

“Saya telah menghubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tadi, beliau kini berada di luar negara, pada hemat saya PM yang menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun minta cari alternatif lain ganti kapal itu, bagaimanapun sukar untuk mencari kapal kerana tidak mudah didapati di pasaran ketika ini.

“Kalau kita ada keperluan sekalipun ia harus dibuat secara tender terbuka, untuk bina kapal itu akan memakan masa 36 hingga 60 bulan, pada hemat saya, kapal ini tak boleh lagi digunakan, maka penggantian haruslah dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengenai kejadian itu, beliau berkata, kapal yang ditauliahkan kepada TLDM pada tahun 1995 itu terbakar jam 6.23 pagi dan api hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya 2.15 petang oleh Bomba TLDM dengan bantuan anggota Balai Bomba Manjung, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot tunda awam.

Beliau berkata, semasa kejadian itu berlaku, seramai 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Bersyukur kerana kejadian itu berlaku di pangkalan, malang kalau ia berlaku ketika dalam pelayaran, pasti sukar untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Menurut beliau, laporan awal mendapati kebakaran itu kemungkinan disebabkan litar pintas dan tidak ada kena-mengena dengan unsur sabotaj.

“Tak ada unsur sabotaj, tak ada kena mengena dengan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang kononnya merancang mahu “menyerang” Malaysia,” katanya.

Malah beliau juga menolak dakwaan bahawa KD Seri Inderapura tidak diselenggara baik oleh TLDM kerana baginya TLDM sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan pemeriksaan teknikal dan mekanikal selalu dititik beratkan.

Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan Lembaga Siasatan yang ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kebakaran itu.

Ahmad Zahid, kapal dari Skuadron LST ( Landing Ship Tank) itu sepatutnya akan belayar ke Sabah dan Sarawak bagi menghantar barang-barang logistik ke Markas Wilayah 2 Laut Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.

Katanya, sebahagian besar barangan yang dimuatkan di atas dek kapal itu musnah bagaimanapun operasi penghantaran bekalan itu tidak akan terjejas.

“Barang-barang itu akan kami hantar sedikit masa nanti kerana kami mempunyai sebuah lagi kapal pendarat, KD Seri Indera Sakti,” katanya.

Kapal KD Seri Inderapura yang mempunyai kekuatan 324 anggota dibina pada 1970 dan digunakan Tentera Laut Amerika Syarikat setelah ditauliahkan di bawah kelas NewPort dengan nama USS Spartanburg County.

Bagaimanapun pada 16 Disember 1994, kapal itu diserahkan kepada TLDM dan dinamakan KD Seri Inderapura dan telah berkhidmat untuk negara ini selama 15 tahun. – Bernama

more photos:  http://military-photos.blogspot.com/2009/10/kd-seri-inderapura-burnt-again.html

Posted by: mazrilhisham | October 1, 2009

Piala Malaysia 2009 (2nd game, 1st round)

pm1.1pm2.1

Posted by: mazrilhisham | September 28, 2009

Perolehan VAB 6X6 Masih Satu Khabar Angin

Kuala Lumpur, KLS: Cerita kononnya Tentera Darat Malaysia akan memperolehi kenderaan VAB 6X6 terpakai untuk mengganti Condor 4×4 yang beroperasi di Lebanon masih berstatus khabar angin.

Sumber rasmi memberitahu pihak KL Security Review, perolehan kenderaan VAB 6X6 terpakai untuk pasukan pengaman TDM di Lebanon adalah satu sumber khabar angin dan belum ada sebarang keputusan rasmi.

Sumber tersebut menyatakan, adalah tidak wajar TDM menggantikan kenderaan Condor 4X4 dengan kenderaan 6×6 dan sekiranya wujud keperluan tersebut, maka kenderaan AV4 yang harus dijadikan sebagai keutamaan.

“Perolehan VAB 6X6 adalah tidak wajar dilakukan, jikalau ada keperluan tersebut, maka perolehan kenderaan haruslah terdiri daripada satu siri kenderaan keluarga(family vehicle)iaitu kenderaan 8×8 yang kini menjadi keutamaan TDM.”

Sumber itu turut berkata, sekiranya untuk kegunaan sementara untuk menyokong operasi pengaman TDM di Lebanon, maka kerajaan seharusnya mengutamakan kenderaan AV4 4×4 di mana AV4 adalah kenderaan buatan Malaysia yang boleh diperolehi dengan kadar segera.

Minggu lepas, sebuah blog pertahanan tempatan memetik sumber yang tidak diketahui menyatakan sejumlah kenderaan VAB 6X6 terpakai akan menggantikan kenderaan Condor yang beroperasi di Lebanon.

Mengikiut cerita blog tersebut, Condor yang kini beroperasi di Lebanon perlu diganti dengan secepat mungkin.

Kenderaan VAB dalam misi UNPROFOR di Sarajevo. (Gambar Internet)

Kenderaan Condor 4×4 yang dgunakan oleh MALBAT di Lebanon(Gambar internet)


av4_03

Deftech AV4 buatan Malaysia

av4_021

http://www.klsreview.com/HTML/2009Jul_Dec/20090927.html

Posted by: mazrilhisham | September 28, 2009

Piala Malaysia 2009 (1st game, 1st round)

pm1

pm2

pm3

Posted by: mazrilhisham | September 27, 2009

Satu lagi projek ‘GAJAH PUTIH’ tinggalan BN Kedah

Marina Harbour, Kuala Kedah

harbour

25092009345

25092009346

25092009347

Dari depa dok buat benda tak berfaedah tu, baik depa concerntrate kat Kota Kuala Kedah

Posted by: mazrilhisham | September 8, 2009

Malaysia ikat Jordan di Amman

MALAYSIA menamatkan kunjungan ke Asia Barat dengan mencatatkan keputusan seri tanpa jari- ngan menentang Jordan pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium King Abdullah II di Amman semalam.
Ia merupakan keputusan seri pertama yang dicatatkan oleh anak- anak buah jurulatih K. Rajagobal setelah tewas dua perlawanan persahabatan sebelum ini di Riyadh, Arab Saudi.
Pada perlawanan persahabatan pertama 31 Ogos lepas, Malaysia tewas 1-2 kepada Arab Saudi dengan jaringan tunggal dihasilkan oleh penyerang Harimau Muda, Ahmad Syakir Mohd. Ali dan sekali lagi tumpas 0-1 kepada kelab negara itu, Al-Qadisiya, dua hari kemudian.
Selepas ini skuad negara akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk menentang Lesotho di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini.
Skuad itu kini dalam persiapan terakhir bagi menghadapi Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung Disember depan.
Sementara itu, skuad Harimau Muda yang kini berada di Slovakia akan menentang kelab Spartak Trnava pada perlawanan persahabatan kedua hari ini.
Sebelum ini mereka menang 4-0 pada aksi pertama menentang kelab Slovan Levice.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan pemainnya walaupun mencatatkan kemenangan besar kerana ia belum memberi gambaran sebenar kekuatan pasukan.
“Apa yang lebih penting adalah kebolehan mereka mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan ketika menentang Slovan Levice serta empat lagi perlawanan persahabatan yang diatur di Slovakia.
“Sebab itulah saya lebih menekankan konsistensi pada mereka. Itulah disiplin permainan sebenar untuk dibawa pulang,” katanya.
Selepas menentang Spartak Trnava, Harimau Muda dijangka menentang dua lagi pasukan berstatus kelab sebelum bertemu skuad bawah 19 tahun Slovakia pada perlawanan terakhir yang dijadualkan pada 18 September ini.

MALAYSIA menamatkan kunjungan ke Asia Barat dengan mencatatkan keputusan seri tanpa jari- ngan menentang Jordan pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium King Abdullah II di Amman semalam.

Ia merupakan keputusan seri pertama yang dicatatkan oleh anak- anak buah jurulatih K. Rajagobal setelah tewas dua perlawanan persahabatan sebelum ini di Riyadh, Arab Saudi.

Pada perlawanan persahabatan pertama 31 Ogos lepas, Malaysia tewas 1-2 kepada Arab Saudi dengan jaringan tunggal dihasilkan oleh penyerang Harimau Muda, Ahmad Syakir Mohd. Ali dan sekali lagi tumpas 0-1 kepada kelab negara itu, Al-Qadisiya, dua hari kemudian.

Selepas ini skuad negara akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk menentang Lesotho di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini.

Skuad itu kini dalam persiapan terakhir bagi menghadapi Sukan SEA di Laos yang akan berlangsung Disember depan.

Sementara itu, skuad Harimau Muda yang kini berada di Slovakia akan menentang kelab Spartak Trnava pada perlawanan persahabatan kedua hari ini.

Sebelum ini mereka menang 4-0 pada aksi pertama menentang kelab Slovan Levice.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan pemainnya walaupun mencatatkan kemenangan besar kerana ia belum memberi gambaran sebenar kekuatan pasukan.

“Apa yang lebih penting adalah kebolehan mereka mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan ketika menentang Slovan Levice serta empat lagi perlawanan persahabatan yang diatur di Slovakia.

“Sebab itulah saya lebih menekankan konsistensi pada mereka. Itulah disiplin permainan sebenar untuk dibawa pulang,” katanya.

Selepas menentang Spartak Trnava, Harimau Muda dijangka menentang dua lagi pasukan berstatus kelab sebelum bertemu skuad bawah 19 tahun Slovakia pada perlawanan terakhir yang dijadualkan pada 18 September ini.

Posted by: mazrilhisham | September 3, 2009

Kapal selam Malaysia tiba di Pelabuhan Klang

SEREMBAN – Pemilikan dua kapal selam oleh Malaysia tidak akan mencetuskan perlumbaan kapal selam di rantau ini memandangkan negara-negara jiran sudahpun memilikinya, kata seorang penganalisis pertahanan.

Katanya, hasrat Malaysia untuk membeli kapal selam sudahpun dirancangkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak dari awal tahun 80-an lagi tetapi terhalang disebabkan kekangan kewangan.

Indonesia sudah mempunyai kapal selam sejak 1960-an, Singapura kini sudah ada empat buah dan Vietnam telah memesan enam kapal selam jenis Kilo, kata penganalisis itu kepada Bernama semalam.

“Malaysia cuma mengikut keperluan semasa,” katanya merujuk kepada kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman yang dijangka tiba di jeti Pulau Indah, Pelabuhan Klang, pagi esok (hari ini).

Menurut penganalisis itu, tanpa kapal selam dalam perkhidmatannya, tentera laut negara tidak akan dapat mempelajari taktik memerangi kapal selam musuh.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

more photos in http://military-photos.blogspot.com/2009/09/malaysias-first-sub-arrives-after-54.html

Older Posts »

Categories